Pada
petang itu, Ana bertengkar dengan ibunya. Kerana sangat marah, Ana
segera meninggalkan rumah tanpa membawa apapun. Di pertengahan jalan,
Ana teringat bahawa dia tidak membawa wang bersamanya.
Saat lalu di hadapan kedai makan, Ana tercium bau mee goreng yang enak, namun Ana menyedari bahawa dia tidak memiliki wang. Pemilik
kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata “
Adik, adakah adik ingin memesan sepinggan mee goreng?”
“Tidak mengapa , hari ini pakcik belanja kamu ” jawab si pemilik kedai.
Tidak
lama kemudian, pemilik kedai itu mengantarkan sepinggan mee goreng .
Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang.
“Ada apa adik?” Tanya si pemilik kedai.
Sambil mengesat air matanya, Ana berkata di dalam hati.
“Seorang
yang baru kukenal, memberikan aku sepinggan mee!, tetapi,? ibuku
sendiri, setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah dan
mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi ke rumah”
“Pakcik
, seorang yang baru saya kenal, tetapi begitu mengambil berat
tentangku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri” katanya kepada
pemilik kedai.
Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Ana, menarik nafas panjang dan berkata
“Adik,
mengapa kamu berfiikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, Pakcik
hanya memberimu sepinggan mee dan kamu begitu terharu. Ibumu telah
memasak mee dan nasi untukmu saat kau kecil sampai sekarang , mengapa
kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan malah kamu bertengkar
dengannya”
Ana, terhenyak mendengar hal tersebut.
“Mengapa
aku tidak berpikir tentang hal tersebut? Untuk semangkuk mee dari orang
yang baru kukenal, aku begitu berterima kasih, tetapi kepada ibuku yg
memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak melihat
jasanyaa, bahkan aku bertengkar dengannya.
Ana,
segera menghabiskan mi tersebut , lalu segera pulang ke rumahnya.
Sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih dan
cemas. Ketika ternampak Ana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya
adalah “Ana kamu sudah pulang, cepat masuklah, Ibu telah menyiapkan
makan malam dan makanlah dahulu sebelum kamu tidur, nanti nasi dingin
jika tak makan sekarang”. Pada saat itu Ana tidak dapat menahan
tangisnya dan ia menangis di hadapan ibunya.
~~~
Sahabatku, Seringkali kita segala perlakuan, kasih sayang, ambil berat dari ibu bapa kita merupakan suatu proses yang biasa saja. Iaitu tanggungjawab yang harus dibuat oleh semua ibu bapa, dan kita jarang mempedulikannya. Namun sedarlah, kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa kita itulah yang paling agung yang pernah kita miliki di dunia selain kasih Allah dan Rasul.
credit to : sources