Friday, July 17, 2009

Sabar..bersabarlah..

Pada zaman dahulu ada
seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf
tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat
wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak
pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan
dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku
dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya,
"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita
itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban,
dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu
masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku
yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu
bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring
dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar
dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi
mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,
tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya
periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit
badannya.

Berita ini terdengar kepada
anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan
hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara
mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat
itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang
pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di
antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang
lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka
orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan
di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap
orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan
dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w
bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi
hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia
sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu
juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah
s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek
baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan
orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya
bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

p/s: Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan
yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa
AttaquLlah…..(ilakh) "

No comments:

Post a Comment